80 peratus pembeli GR Corolla 2025 pilih manual – Toyota

11

Toyota GR Corolla 2025 kini tersedia dengan pilihan transmisi automatik (DAT) sebagai alternatif kepada transmisi manual 6-kelajuan.

Biarpun ramai yang menjangkakan model automatik akan menjadi lebih laris, Toyota pula berpendapat sebaliknya.

Dalam satu temubual bersama laman CarBuzz, pengeluar itu menjangkakan 80 peratus pembeli di Amerika Syarikat akan terus kekal dengan model manual, manakala selebihnya akan memilih model automatik.



Pengenalan sistem launch control yang tidak wujud pada model GR Corolla manual juga dilihat tidak mampu untuk ‘memujuk’ majoriti pembeli untuk beralih kepada model automatik.

Ini sekaligus membuktikan sebilangan besar pembeli GR Corolla masih lagi mahukan pengalaman pemanduan yang lebih tulen pada model manual.

Toyota GR Corolla 2025 didatangkan dengan enjin tiga silinder 1.6 liter turbo berkuasa 300 hp dan 400 Nm.

Aspek pengendalian turut ditambah baik dengan penggunaan spring rebound baharu serta larasan terhadap gegelung dan penstabil belakang.

Semua model GR Corolla 2025 kini dilengkapi dengan pembeza gelincir terhad depan dan belakang Torsen.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here