Nafi kakitangan tengking pelanggan, pengurusan Terminal 17 dedah rakaman CCTV

6

Minggu lalu tular di media sosial apabila seorang penumpang mendakwa ditengking kakitangan bas Terminal 17, Shah Alam.

Susulan kejadian itu, pihak pengurusan Terminal 17, Shah Alam menafikan kejadian tersebut dengan berkongsi bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).



Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, pihak pengurusan menyatakan pekerja tersebut yang dikenali sebagai Zainorin menjalankan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan. 

“Kami menyedari bahawa kejadian ini telah mendapat perhatian di media sosial termasuk TikTok, Facebook dan YouTube.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat yang disebarkan tidak menggambarkan keadaan sebenar,” tulisnya menerusi kenyataan tersebut. 

Tambahnya, kakitangan itu memaklumkan bas yang berada di terminal menuju ke Butterworth manakala bas wanita berkenaan masih belum tiba.

“Penumpang mendakwa sepupunya telah menaiki bas Super Nice ke Butterworth dan meminta untuk menaiki bas yang sama.

“Zainorin (kakitangan) menjelaskan bahawa laluan bas tersebut adalah berbeza dan tidak akan berhenti di Bukit Mertajam.

”(Namun) penumpang itu mula meninggikan suara terhadap Zainorin tetapi beliau masih bersikap profesional dalam menjalankan tugas,” jelasnya.

BAKAL AMBIL TINDAKAN

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Malaysia Gazette (@malaysiagazette)

Pihak pengurusan telah membuat laporan polis dan melantik peguam untuk menyiasat insiden itu.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah atau sivil yang timbul daripada kejadian ini.

“Kami menghargai kesabaran dan profesionalisme Zainorin sepanjang kejadian ini. Beliau adalah kakitangan senior yang telah lama berkhidmat di Terminal 17.

“Sebarang tindakan untuk menyebarkan video dengan niat yang tidak baik boleh diterima kerana memberi kesan kepada individu terlibat serta keluarga mereka,” katanya.

Berdasarkan carian Motoqar, video insiden yang mendapat tontonan lebih daripada 4 juta itu telahpun diturunkan dari akaun TikTok wanita berkenaan. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here