Rafizi : Kerajaan perhalusi kaedah harga dua peringkat subsidi RON 96

1

Kerajaan kini sedang memperhalusi mekanisme untuk melaksanakan kaedah harga dua peringkat bagi penyasaran subsidi petrol RON 95.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, dua peringkat itu melibatkan mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan sebanyak 85 peratus mereka yang layak.



“Disebabkan itu, mekanismenya perlu dibincang. Sudah tentu, kita tahu apa nak dilakukan tapi biarlah kita lalui prosesnya melibatkan stesen minyak dan pihak berkaitan,” katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, mekanisme penyasaran subsidi petrol RON 95 juga sedikit berlainan dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Menurutnya, penyasaran subsidi diesel dilihat agak mudah kerana ia mempunyai ‘fleet card’.

“Ini kerana kumpulan yang dapat harga subsidi ini hanyalah syarikat pengangkutan dan logistik, jadi kita boleh beri fleet card.

“Tetapi untuk rakyat (penyasaran subsidi petrol RON 95), kita ada 30 juta orang dan kita tak boleh beri fleet card kepada semua.

“Jadi, itu yang sekarang ini dibincang dan diperhalusi untuk pelaksanaan,” katanya.

Ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penyasaran subsidi petrol RON95 dijangka dilaksanakan pada pertengahan tahun depan.

Anwar berkata, penyasaran itu boleh menjimatkan sehingga RM8 bilion hasil 40 peratus subsidi petrol RON95 yang dinikmati warga asing dan golongan maha kaya ketika ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here