JPJ buka bidaan nombor plat MADANI serendah RM100

3

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI dengan harga minimum RM100, bermula 19 sehingga 23 Oktober (Rabu).

Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata keputusan bidaan NPI Siri MADANI akan dikeluarkan pada 24 Oktober (Khamis).



“Nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan dalam tempo 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

“Kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang ditetapkan melalui Sistem JPJeBid,” katanya menerusi kenyataan media.

Katanya, hasil penjualan akan digunakan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, FlySISWA, Pembayaran PERKESO kepada pemandu teksi dan lain-lain.

Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minima yang ditetapkan seperti  berikut:

  • Nombor Bernilai Utama (Golden) : RM20,000
  • Nombor Premium : RM5,000
  • Nombor Menarik (Attractive) : RM2,500
  • Nombor Popular (Popular) : RM500
  • Nombor Biasa (Running) : RM100

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here