Proton kekal jenama sedan terlaris di Malaysia

44

Proton kekal sebagai jenama terlaris model sedan di Malaysia sejak lebih 40 tahun penubuhannya.

Sehingga kini sebanyak 3.85 juta unit kenderaan terjual seperti Proton Saga, Proton Wira dan Proton Waja yang pernah digunakan sebagai kereta polis di Humberside County, United Kingdom.



Selain itu, dua generasi Proton Persona, Proton Preve, dan kini tambahan sedan baharu, S70 yang dilancarkan November tahun lalu.

Proton S70 menjadi pilihan utama dalam kategori sedan segmen-C dalam waktu yang cepat dengan jumlah jualan tahun-ke-tahun mencecah 14,877 unit sehingga bulan September. 

Jualan keseluruhan mengatasi pesaing lain dalam kategori yang sama, dengan purata jualan 1,640 unit sebulan sejak Januari 2024.

Proton S70 mendahului dalam segmennya dengan jualan tertinggi di Selangor, Johor, dan Pulau Pinang.

PROTON SAGA PENYUMBANG TERBESAR

Namun, penyumbang terbesar tentunya Proton Saga dengan jualan melebihi 2 juta sejak pelancaran pada 9 Julai 1985 hingga September tahun ini.

Ia melalui perubahan besar menerusi tiga generasi, dengan peningkatan dari segi keselamatan, reka bentuk, prestasi, keselesaan dalaman dan ciri-ciri, pembangunan platform dan casis, serta badan yang lebih kukuh.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata Proton berbangga dengan hubungan erat bersama keluarga Malaysia yang bermula sejak 1980-an.

“Sedan kami, dari Saga yang ikonik hingga S70 yang inovatif, bukan sahaja berfungsi sebagai kereta pertama yang boleh diharap tetapi juga menjadi warisan keluarga yang dihargai, mencipta kenangan yang abadi merentasi generasi.

“Dengan lebih 3.85 juta unit terjual, kami terus komited untuk memberikan kualiti, keselamatan, dan inovasi, memastikan setiap kenderaan mencerminkan dedikasi kami terhadap keperluan pelanggan yang semakin berkembang,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here