Mazda BT-50 (2025) dapat lampu macam CX-5 facelift, logo lebih besar

99

Kira-kira setahun selepas pembaharuan dibuat terhadap trak pikap Isuzu D-Max, kini tiba giliran kembarnya Mazda BT-50 untuk mendapat perubahan bersifat kosmetik.

Mazda BT-50 tahun 2025 itu kini didatangkan dengan muka hadapan yang telah dikemaskini, menampilkan lampu nyalaan siang (DRL) LED macam SUV CX-5 facelift, diikuti dengan logo Mazda yang lebih besar.

Struktur jeriji hadapan juga kini didatangkan dengan rekaan oktagon dan heksagon yang lebih besar, serta bezel yang lebih tebal.



Bahagian belakang trak pikap ini turut mendapat logo M yang lebih besar, grafik lampu yang dikemaskini, diikuti bampar belakang yang telah direka semula.

Tidak ketinggalan, set rim aloi dengan rekaan baharu menghiasi keempat-empat ruang gerbang roda.

Mazda turut mengemaskini penawaran pada ruang kabin, di mana BT-50 kini mendapat skrin infohibur sebesar sembilan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto – kedua-dua tanpa menggunakan wayar.

Skrin kluster digital kini bersaiz tujuh inci yang boleh memaparkan informasi seperti status mod pemanduan/diff lock, sudut kenderaan, tekanan tayar dan juga Rough Terrain Mode.

Ciri keselamatan yang wujud pada BT-50 termasuklah Traffic Jam Assist, Rear Cross Traffic Brake, kawalan jelajah adaptif, sistem kamera hadapan stereo, serta sistem kamera belakang dengan salutan bahan hidrofobik.

Mazda BT-50 2025 mengekalkan enjin diesel 3.0 liter turbo berkuasa 188 hp dan 450 Nm yang dipadankan dengan kotak gear manual dan automatik enam nisbah kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here