Pemilik Proton X70 facelift kini boleh menggunakan ketersambungan Apple CarPlay tanpa wayar.
Proton menyatakan ciri ketersambungan AACP merupakan binaan dalam sistem infotainmen SUV berkenaan namun masih belum tersedia ketika pelancaran X70 Facelift.
Pemilik X70 hanya perlu mengemas kini pakej perisian secara online (OTA) dan akan dimuat turun sebaik sahaja ia tersedia untuk kenderaan.
Pengguna perlu memastikan enjin dihidupkan sehingga proses muat turun selesai yang mengambil masa sekitar 10 minit, bergantung kelajuan capaian internet anda.
Kemas kini perisian yang berjaya boleh disahkan menerusi tetapan kenderaan di bawah “Maklumat Sistem” (Mengenai IHU) yang mana versi sistem terkini adalah SW3RBA10925H1141.
Dengan pemasangan perisian berkenaan, pengguna boleh menikmati kemudahan Apple CarPlay ke telefon pintar iPhone tanpa wayar. Setelah itu, anda boleh menggunakan antara muka Apple CarPlay.
Skrin sentuh infotainmen 12.3-inci dikuasakan oleh Atlas 2.0 yang menggunakan pemprosesan dual quad-core 4GB RAM dan storan 32GB. Bagaimanapun, buat masa ini ciri peralatan tersebut hanya ditawarkan pada X70 Facelift.