Seorang pempengaruh yang juga pemilik Lamborghini Revuelto terpaksa mengigit jari menyaksikan jentera yang baru sahaja dibawa pulang kurang seminggu hangus terbakar.
Ethan Duran, pemilik syarikat sewa kenderaan eksotik Corsa Auto Group sempat merakamkan detik-detik cemas insiden yang berlaku di lebuh raya New York City.
Dalam rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram juga turut menyertakan babak beberapa letupan kecil yang berlaku semasa api berterusan memamah jentera hibrid tersebut.
Kehadiran pasukan bomba di tempat kejadian juga tidak dapat menyelamatkan kereta super tersebut.
Setakat ini, punca sebenar kebakaran masih belum dikenal pasti.
Lamborghini Revuelto yang dilancarkan pada tahun lepas itu mempunyai enjin V12 6.5 liter dipadankan dengan tiga motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan 1,001 hp dan 807 Nm.
View this post on Instagram