[Video] Kereta kena tarik, tular video pemilik rosakkan Honda City

504

Tular di media sosial pemilik Honda City GD8 merosakkan kenderaannya ketika  ditarik, dipercayai gagal membayar ansuran bulanan. 

Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok EpulTowingTemerloh2, pemilik bertindak memandu City tersebut ke garaj rumah ketika sedang ditarik sehingga menyebabkan bahagian bampar depan pecah dan bahagian belakang lori tunda tersebut kemek. 



Selepas sedan itu diparkir semula di garaj rumah, pemilik bertindak merosakkan Honda City tersebut.

Ada dalam kalangan pengguna media sosial mempersoalkan tindakan penarik kenderaan menunda kereta tersebut dalam kawasan rumah pemilik. 

“Cerita dia kereta tarik di luar rumah bang, tapi owner kereta degil start kereta, kau tengok part towing tu kemik bahagian belakang,” komen Shahrul.

@epultowingtemerloh2

Bila nafsu melebihi akal#MALAYSIARESQTEAM #EPULTOWINGTEMERLOH😎

♬ original sound – EpulTowingTemerloh2 – EpulTowingTemerloh2

Menerusi video kedua boleh dilihat wanita berkenaan bertindak memecahkan cermin depan dan sisi kenderaan manakala keluarganya yang lain mengetuk hud depan dan pintu kereta tersebut.

Bagaimanapun menerusi aplikasi X, seorang pengguna media sosial menyatakan dipercayai pemilik membeli kenderaan tersebut secara sambung bayar.

“Ramai tak faham tapi duk kecam, benak betuk tengokje video tapi tak kaji..kau tahu tak dia sambung bayar kereta?.

@epultowingtemerloh2 Replying to @afiqiyashaniq2 ni kaaa.. Tengah buat sambai belacan satt😂#MALAYSIARESQTEAM #EPULTOWINGTEMERLOH😎 ♬ original sound – EpulTowingTemerloh2

“Means duit yang dia bagi dekat owner..owner tak bayar bank means kereta tu still nama owner kereta gi mampuslah jahanam jelah, kereta tu sebab takda kena mengena dengan dia pun,” komen @dam8686aws

Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju tindakan pemilik merosakkan kereta tersebut susulan bakal menanggung kerugian dan tuntutan hutang daripada pihak bank. 

ARTIKEL LAIN

Tahukah anda, 7 situasi ini tidak membenarkan kenderaan anda ditarik

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here