580 kenderaan pendaftaran asing isi minyak berulang kali sehari di sempadan Malaysia-Thailand

125

Sebanyak 580 kenderaan berpendaftaran asing dikenalpasti membuat pengisian minyak secara berulang melebihi satu kali dalam hari yang sama di stesen minyak sempadan Malaysia-Thailand sejak 25 September lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata maklumat diperolehi hasil penugasan pegawai secara statik di enam stesen minyak berhampiran sempadan negeri itu.

Gambar hiasan

Menurutnya, hasil pemantauan itu telah disalurkan kepada bahagian risikan untuk tindakan selanjutnya.



“Hasil risikan kita berjaya menyita 1,300 liter minyak petrol (dianggarkan bernilai RM2,865), 4,200 liter minyak diesel (dianggarkan bernilai RM12,390), dua unit kenderaan dan peralatan pemindahan minyak.

“Keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM37,015,” katanya.

MODUS OPERANDI  PEMBELIAN GUNA TONG KECIL

Berdasarkan maklumat risikan didapati aktiviti penyelewengan dijalankan secara kecil-kecilan sama ada melalui individu atau kumpulan kecil menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran tempatan.

Modus operandi mereka adalah dengan membuat pembelian menggunakan tong kecil dan ada beberapa kenderaan yang disyaki mempunyai tangki tambahan.

“Kawasan pengumpulan yang telah dikenalpasti adalah di kawasan kampung yang jauh dari perhatian awam,” katanya.

Tambah beliau, penugasan pegawai secara statik itu dilakukan di lima stesen minyak dalam daerah Kubang Pasu dan sebuah stesen minyak di daerah Baling.

“Penugasan pegawai tersebut juga membantu kita mendapatkan perbandingan rekod jualan petrol dan diesel antara 1 hingga 20 Oktober berbanding tempoh yang sama pada bulan sebelumnya.

“Jadi kita mendapati terdapat penurunan jualan bagi produk diesel di stesen-stesen berkenaan antara tujuh hingga 24 peratus manakala bagi produk petrol Ron 95 pula mencatatkan penurunan antara tiga hingga 30 peratus,” katanya.

ARTIKEL LAIN

Petrol bersubsidi Malaysia masih dijual berleluasa di Thailand

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here