Sebuah video tular di media sosial TikTok menunjukkan seorang pemuda Singapura menangis kerana perlu melepaskan Honda Civic putih miliknya.
Dia perlu melepaskan sedan berkenaan susulan sijil kelayakkan (COE) tamat tempoh dan video tersebut mendapat tontonan lebih daripada 3.4 juta.
“Hancur hati saya melihat dia menangis, tetapi inilah realiti memiliki kereta di Singapura. jumpa lagi..,” tulis kapsyen vidoe tersebut.
Isteri kepada pemuda berkenaan turut menyediakan kek perpisahan sebulan sebelum COE tamat tempoh sebagai memperingati momen berkenaan.
View this post on Instagram
Menerusi akaun instagram, pemuda tersebut menyatakan Honda Civic berkenaan cukup bermakna dan menjadi saksi pertemuan dengan isterinya.
“Kereta Civic ini telah memastikan saya selamat dan sihat sepanjang ribuan kilometer lebuhraya utara selatan untuk bersamanya. Dan melalui itu, saya menemui kehidupan. Saya menemui permulaan yang baru. Saya dapati sedikit cahaya.
“Terima kasih atas semua memori (Civic), saya akan rindukan awak,” tulisnya.
COE SINGAPURA
@asianbossmedia Want to see more videos like this and stay informed about the latest developments in Asia and local perspectives? Check out AsianBoss.io for the most authentic insights from Asia that you won’t find in mainstream media. #singapore #cars #expensive #coe #carownership #asia #asianboss #streetinterview #staycurious
COE di Singapura mewakili hak pemilikan kenderaan untuk tempoh lima atau 10 tahun. COE adalah penting kepada Sistem Kuota Kenderaan (VQS), satu skim yang dilaksanakan untuk mengawal pertumbuhan populasi kenderaan di negara berkenaan.
Pemilik juga perlu membida COE yang mana ia dibuka sebanyak dua kali sebulan dan pemilik yang berjaya berhak memiliki kenderaan untuk digunakan selama 10 tahun.
Apa yang akan terjadi apabila hak pemilikan itu tamat tempoh?, pemilik perlu memperbaharuinya jika ingin memastikan kenderaan didaftarkan.
Jika tidak, kenderaan itu mesti dibatalkan pendaftaran dan dilupuskan. COE perlu diperbaharui sebelum ia tamat tempoh, atau dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh tamat tempoh dengan pembayaran yuran pembaharuan lewat.
Tetapi jika kali terakhir COE diperbaharui selama lima tahun, ia akan menjadi pusingan terakhir pembaharuan.
Jika COE diperbaharui selama 10 tahun, ia masih boleh diperbaharui untuk lima atau 10 tahun lagi bagi peringkat seterusnya.
Pemilik Honda Civic itu mungkin tidak dapat memperbaharui COE kerana ia telah diperbaharui selama lima tahun sebelumnya, atau dia memilih untuk tidak memperbaharuinya untuk peringkat seterusnya.
Harga yang perlu dibayar juga tidak murah, misalnya Honda Civic itu mungkin menggunakan enjin 1.8 liter yang berada di bawah kategori B.
Harga yang perlu dibayar bagi COE Kategori B adalah SGD103,000 (RM338,962) bagi tempoh 10 tahun dan lima tahun adalah SGD 51,500 (RM169,481).
@ntshatan breaks my heart to see him cry… but that’s the reality of owning a car in Singapore. see you some time @sunshine ❤️🩹