779 kes kemalangan maut libatkan pelajar sekolah

15

Sebanyak 779 kes kemalangan maut melibatkan pelajar sekolah direkodkan di seluruh negara sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sebanyak 4,043 kes kemalangan jalan raya melibatkan pelajar sekolah direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

Jumlah itu menunjukkan trend membimbangkan dan ia mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Pihak Bukit Aman telah menyahut kebimbangan (Perdana Menteri) dan kita mengadakan operasi khas kemalangan jalan raya dengan memberi fokus kepada penunggang motosikal kerana ia adalah antara penyumbang kemalangan jalan raya paling tinggi berbanding kenderaan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata sebanyak 498 pelajar sekolah yang berusia 17 tahun dan ke bawah terlibat dalam kegiatan ‘mat rempit’ direkodkan sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Terdahulu, Mohd Yusri dalam ucapannya berkata program advokasi kesedaran dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya dan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan jalan raya.

“Ia bagi mengurangkan kemalangan jalan raya melalui pendidikan dan latihan serta mendorong tingkah laku yang selamat ketika menggunakan jalan raya, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here