Gagal tunjuk surat tarik kereta, polis cari tiga lelaki ceroboh masuk rumah

210

Polis mengesan mengesan tiga lelaki selepas menceroboh masuk sebuah rumah untuk menarik kereta di kawasan Meru, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang perempuan Melayu, pada jam 11.33 malam, pada Rabu.



Beliau berkata, tiga lelaki tempatan yang menaiki lori tunda telah menceroboh masuk ke dalam kawasan parkir rumah dengan cara mengangkat pintu pagar untuk menarik kereta milik pengadu.

“Siasatan awal mendapati kereta tersebut telah tertunggak bayaran bulanan lebih kurang enam bulan.

“Bagaimanapun, suspek gagal menunjukkan surat tarik kereta daripada bank kepada pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek kini dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang mengelirukan.

ARTIKEL LAIN

[Video] Kereta kena tarik, tular video pemilik rosakkan Honda City

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here