‘Counter Setting’, SPRM pantau semua lapangan terbang

1

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa memantau semua lapangan terbang bagi mengesan kemungkinan aktiviti ‘counter setting’ di pintu masuk negara, kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata tumpuan bagaimanapun dikhususkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memandangkan ia adalah pintu masuk utama bagi warga luar berbanding di negeri lain.

“Cuma kita lihat yang paling besar di KLIA sebab itu kita tumpukan di KLIA kerana lapangan terbang tersebut merupakan pusat kemasukan pihak luar.



“Mungkin ada kegiatan itu di tempat lain kerana ada negeri contohnya Johor mempunyai pintu masuk yang perlu melalui pemeriksaan imigresen, jadi pemantauan juga dibuat (di negeri lain),” katanya.

SPRM sebelum ini membongkar kegiatan sindiket membawa masuk warga asing termasuk dr Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan dan Nepal melalui pintu masuk negara tanpa pemeriksaan pihak berkuasa. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here