Kenapa Kia Carnival 11 tempat duduk kenderaan keluarga terbaik

27

Kenapa Kia Carnival 11 tempat duduk kenderaan keluarga terbaik” Inilah soalan yang kerap ditanya masyarakat berhubung kenderaan itu dan Motoqar mempunyai jawapannya.

Sebelum Motoqar perincikan setiap fakta itu, anda seharusnya tahu bahawa GUV
ini adalah versi pemasangan tempatan (CKD), yang dipasang di kemudahan
Inokom Assembley, Kulim, Kedah.

Spesifikasinya masih lagi sama dengan model import sepenuhnya (CBU) yang se-
belum ini diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.



Jika dibandingkan dengan generasi ketiga sebelum ini, saiz keseluruhan Kia Carni-
val terkini adalah lebih panjang bertambah sebanyak 40 mm, kelebaran meningkat
10 mm dan jarak antara roda dipanjangkan sebanyak 30 mm.

Biarpun lebih besar, generasi kali ini dibina berdasarkan platform yang lebih ringan,
kukuh dan senyap, selain memiliki ciri aerodinamik yang lebih baik.

Tahukah anda, Kia Carnival dianggap sebagai kenderaan keluarga terbaik untuk
supaya tiada siapa yang tertinggal akibat tidak mempunyai ruang mencukupi.

Ini Faktor Utama Anda Kena Tahu Tentang Kia Carnival 11 Tempat Duduk:

1. Kia Carnival dengan konfigurasi tempat duduk secara 2-3-3-3 dapat menampung lebih ramai penumpang berbanding MPV biasa. Ini sangat sesuai untuk keluarga anak ramai, perjalanan bersama rakan atau kegunaan komersial seperti ‘shuttle van’. Pada masa sama, ruang kaki dan kepala yang mencukupi menjadikan perjalanan jauh lebih selesa untuk semua penumpang.
2. Tempat duduk boleh disusun semula mengikut keperluan. Barisan kedua dan ketiga boleh dilipat atau digerakkan untuk memberikan lebih ruang kaki atau ruang kargo apabila diperlukan. Fleksibiliti ini memudahkan penyesuaian ruang dalaman mengikut situasi dan keperluan.
3. Walaupun menempatkan 11 penumpang, rekaan dalaman Kia Carnival tetap menitik beratkan keselesaan. Tempat duduk yang ergonomik dengan menggunakan material yang berkualiti tinggi memberikan pengalaman perjalanan yang menyenangkan. Terdapat juga banyak ruang penyimpanan untuk barangan kecil.
4. Tempat duduk belakang yang boleh dilipat rata memberikan fleksibiliti untuk membawa barangan besar apabila diperlukan. Ini sangat berguna bagi keluarga yang kerap membawa barangan yang memerlukan ruang tambahan.
5. Kia Carnival dilengkapi dengan sistem hiburan yang canggih, termasuk skrin sentuh 12.3-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri lain yang boleh dikatakan penting ialah port pengecas. Jangan risau, Kia Carnival hadir dengan tujuh port pengecas USB yang boleh diakses oleh semua barisan tempat duduk.
6. Cuaca panas Malaysia, ciri yang penting sekali bagi sebuah kereta sebesar ini ialah penyaman udara. Ini bukanlah satu isu untuk Kia Carnival kerana bahagian belakang, tersedia corong penyaman udara automatik satu zon yang mana corong udara terletak pada bahagian bumbung untuk kesejukan lebih menyeluruh.


Enjin Menyalurkan 199hp

Bagi membawa jentera seberat 2,129 kilogram, Kia Carnival menggunakan enjin 2.2 liter turbo diesel yang menghasilkan kuasa 199hp pada 3,800rpm dan tork 440Nm antara 1,750 sehingga 2,750 rpm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi lapan kelajuan automatik.

Bagi penukaran gear pula, ia boleh ditukar secara manual dengan menggunakan pedal di belakang stereng. Selain dilengkapi dengan mod pemanduan.


Rekaan Luaran Menarik

Bentuk luaran untuk Kia Carnival ini sebenarnya lebih menarik berbanding generasi sebelum ini.

Untuk varian 11 tempat duduk, spesifikasinya sedikit berbeza dengan versi tujuh tempat duduk. Ini kerana ia dilengkapi rim aloi 18-inci, lampu hadapan LED automatik, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus hadapan LED, lampu belakang dan lampu kabus belakang jenis mentol, pengelap cermin untuk cermin belakang dan penderia parkir hadapan dan belakang.

Namun, kedua-dua pintu gelungsur belakang dan pintu taligate belakang datang dengan sistem bantuan kuasa serta kunci pintar dengan fungsi buka/tutup satu butang.


Ciri Keselamatan Kia Carnival Membabitkan:

• Tujuh beg udara
• Sistem brek ABS, EBD dan BA, ESC serta Kawalan Cengkaman
• Kawalan brek pelbagai-pelanggaran
• Bantuan mula mendaki
• Brek parkir elektrik dengan fungsi auto-hold
• Amaran pelanggaran titik buta
• Pengelak pelanggaran trafik lintasan belakang
Empat Pilihan Warna:
• Astra Blue
• Meteor Gray
• Jet Black
• Snowflake White Pearl

Harga Dan Waranti

Kia Carnival 11 tempat duduk ini dijual bermula RM198,500 dan ditawarkan waranti pengeluar selama lima-tahun atau 100,000 km, serta pakej servis percuma juga selama lima tahun/100,000 km.

Secara keseluruhan, kombinasi ciri-ciri menjadikan Kia Carnival pilihan yang sangat baik untuk keluarga yang mencari kenderaan yang selesa, selamat, dan serba guna.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here