Seorang pemandu warga Pakistan duduk santai di tepi pantai selepas kereta dipandunya terperangkap di dalam pasir di Port Dickson.
Saksi kejadian, Alexey Brock berkongsi momen itu di akaun TikTok miliknya yang menunjukkan Chevrolet Cruze LT dengan nombor pendaftaran Singapura tersangkut di kawasan pasir berair.
Menerusi video berkenaan, pemandu Chevrolet itu menjelaskan kejadian berlaku ketika dia memandu perlahan di persisiran pantai berkenaan.
“Ia tersangkut di situ…saya memandu perlahan kemudian tiba-tiba pasir jadi basah dan air naik,” katanya.
Dia juga mendakwa tidak memandu terlalu hampir dengan kawasan air.
“Daripada sana, air tidak terlalu dekat. Tiba-tiba air pasang dan harapnya saya dapat menarik naik kereta itu,” jelasnya memberitahu berasal dari Pakistan.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang mempersoalkan tindakan pemandu itu.
“Orang nak parking kereta atas pasir pun fikir dua kali .takut tayar sangkut..dia boleh drive atas pasir macam naik jeep.”
“Takda org duk PD pun bawa keta tepi pantai ni.”
@alexey.brock 🇲🇾😅Stuck in Port Dickson.. Came back to the same place at night, the car was gone. Towed or into the unknown – we shall not know🌊