Maki polis di TikTok, lelaki warga asing positif dadah ditahan

83

Seorang lelaki warga asing disyaki mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun polis menerusi satu hantaran TikTok ditahan di Kuala Lumpur, semalam. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail berkata lelaki berusia 30-an itu diberkas berhampiran Jalan Pandan 2/3 Pandan Jaya, Ampang kira-kira 7 petang, dua jam selepas dikesan membuat hantaran berkenaan.

Beliau berkata polis mengesan video TikTok berdurasi 45 saat yang dimuatnaik melalui akaun theintheinzaw403, untuk memburukkan polis dan mendapat 160,000 tontonan pada 5 petang semalam.



“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin,” katanya.

Beliau berkata perintah reman selama empat hari hingga 1 November ini diperoleh pihaknya ke atas lelaki itu untuk siasatan lajut yang dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan pada pihak polis ketika tangkapan hendak dilaksanakan.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here