Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan yang dijalankan pada 1 Oktober malam tadi, di Jitra, Kedah.
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata kesemua yang ditahan ialah lelaki warga tempatan berumur 20 hingga 40-an selepas saringan urin dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapati mereka positif bahan terlarang itu.
“Seorang pemandu lori berusia 30-an ditahan semalam di Tol Hutan Kamoung dan dua lagi berusia 27 dan 49 tahun di Plaza Tol Jitra arah selatan. Apabila ditanya kepada pemandu, alasan yang diberikan adalah mereka memerlukan tenaga lebih untuk perjalanan jauh.
“Namun bagi kita, itu semua adalah alasan semata-mata. Kenapa orang lain boleh memandu tanpada dadah?, kita akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu terlibat,” katanya.
Kesemua yang ditahan dikenakan tindakan lanjut di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Dalam pada itu, Stien berkata sepanjang operasi selama sebulan itu, sebanyak 48,250 kenderaan diperiksa dan daripada jumpah itu 2,743 tindakan diambil atas pelbagai kesalahan.