Ini 4 perkara anda boleh lakukan dengan Apple CarPlay dan Android Auto Chery Tiggo 7 Pro

117

Baru-baru ini, satu kajian menunjukkan kepentingan tawaran Apple CarPlay dan Android Auto kepada pembeli kereta baharu di seluruh dunia.

Menurut kajian McKinsey & Co, 30 peratus pembeli kereta elektrik (EV) dan 35 peratus pembeli kereta dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) tidak berminat membeli kenderaan yang tiada Apple CarPlay dan Android Auto.

Mengapakah ia begitu penting?, ini kerana dua platform sambungan popular itu membolehkan pengguna mengakses fungsi telefon pintar mereka melalui skrin hiburan kereta, sekaligus menjadikan pengalaman memandu selamat dan efisien.





Ia membolehkan pemandu menggunakan navigasi (Google Maps, Waze), melihat mahupun membalas mesej (WhatApps, Telegram) sehinggalah perkhidmatan muzik (Spotify, Apple Music, YouTube Music). 

PAPARAN ANTARA MUKA YANG MESRA PENGGUNA

Apple CarPlay dan Android Auto Chery Tiggo 7 Pro merupakan sambungan tanpa wayar berbanding pesaingnya yang masih memerlukan kabel.  Ini meminimumkan kekusutan kabel dalam kabin dan menjadikan ruang lebih kemas dan selesa. 

Ketersambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto pada skrin bersaiz besar 24.6-inci yang digabungkan dengan kluster instrumen sangat memudahkan terutamanya untuk perjalanan singkat selain pengalaman visual menyeluruh dan interaktif. 

Ketika iPhone atau Android terhubung, skrin akan menampilkan ikon aplikasi bersaiz besar yang memudahkan akses pada fungsi utama tanpa mengalihkan terlalu banyak perhatian dari jalan terutamanya ketika memandu sendirian.

Pemandu juga tidak mengambil masa yang lama menyesuaikan diri dengan bentangan menu antara muka yang jelas dan responsif. 

INI ANDA BOLEH LAKUKAN DENGAN APPLE CARPLAY & ANDROID AUTO TANPA WAYAR CHERY TIGGO 7 

1. NAVIGASI

Saiz skrin yang besar  memudahkan untuk melihat dan mendengar arahan navigasi. 

Dengan menggunakan aplikasi seperti Google Maps atau Waze, pemandu dapat petunjuk arah yang tepat. Di Chery Tiggo 7 Pro, tampilan peta pada skrin infotainmen cukup besar sehingga mudah melihat arah yang dituju, menghindari jalan sesak, dan memantau jangkaan ketibaan. 

Navigasi juga dilengkapi dengan panduan suara yang jelas. Untuk negara-negara dengan sokongan peta lokal, pengalaman ini semakin baik kerana maklumat tambahan seperti tempat makan, stesen minyak, dan lainnya dipaparkan dengan tepat.

2. MEMBUAT PANGGILAN

Apple CarPlay ataupun Android Auto membolehkan panggilan telefon bebas tangan dengan hanya menggunakan perintah suara. Ini membantu pemandu kekal fokus pada jalan raya.

Sistem menggunakan mikrofon binaan dalam dan sambungan suara kualiti tinggi menerusi skrin hiburan yang menawarkan panggilan lebih jelas. Sistem juga cekap mengesan dan menjalankan pengesahan lebih lanjut ketika nombor kontak akan dihubungi.

Bahkan, sekiranya panggilan masuk ketika menggunakan aplikasi navigasi, ia tidak akan menutup paparan peta atau mengganggu panduan arah. 

3. PERINTAH SUARA 

Chery Tiggo 7 Pro juga didatangkan dengan perintah suara, baik melalui Siri atau Google Assistant. Ia membolehkan pengguna mengendalikan pelbagai fungsi misalnya memainkan muzik, menghantar mesej atau navigasi lokasi pilihan.

Selain itu, sensitiviti mikrofon yang baik pada Chery Tiggo 7 Pro memastikan perintah suara dapat dikesan dengan tepat, bahkan ketika keadaan jalan yang bising.

4. AUDIO 

Bagi mereka yang sering mendengar muzik atau podcast semasa memandu, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar di Chery Tiggo 7 Pro menyokong pelbagai aplikasi hiburan seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music.

Ini menjadikan pengalaman memandu lebih santai dan menyeronokkan, terutamanya  perjalanan jarak jauh.

Sistem audio juga menyokong equalizer yang dapat disesuaikan, sehingga pengguna boleh melakukan tetapan suara sesuai kehendak.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here