“Gaji RM1,700 tapi nak beli Honda Civic FL1, minta diskaun lagi RM63k,” penjual kereta recon

217

Penjual kenderaan import (recon), berkongsi pengalaman berdepan pelanggan yang tidak mengukur baju di badan sendiri apabila ingin membeli sebuah kenderaan. 

Menggunakan akaun Facebook Wan M Faris, mendedahkan perbualan dengan pelanggan bergaji RM1,700 sebulan itu yang berhasrat membeli Honda Civic FL1.



Tujuan beliau berkongsi tangkapan layar mesej tersebut bukanlah ingin memalukan individu berkenaan tetapi insiden sedemikian sememangnya berlaku dalam kalangan penjual kereta.

“Saya jarang nak up conversation dengan customer ni. Sebab kurang minat untuk expose benda-benda tak bermanfaat. Tapi hari ini rasa hilang pulak sabar dengan gen Z ni.

“Kita run iklan dekat mana-mana pun dia comment benda negative. Selagi tak dapat harga dia nak, selagi tu la dia ajak kawan-kawan dia comment benda merepek,” jelasnya.
 

 
Menerusi mesej tersebut, pelanggan itu meminta diskaun sehingga RM63,000 bagi nilai pasaran Civic RM163,000.
 
Pelanggan tersebut berhasrat membuat pinjaman sewa beli RM100,000 bagi tempoh sembilan tahun dengan bayaran pendahuluan RM6,000.
 

“Tak dapat, (harga) daripada RM163,000 terus junam jadi RM100,000. Maaf.

“Bukan tolak rezeki, memang tak masuk akal FL1 harga itu,” balas beliau.

Berdasarkan tinjauan akaun Facebook Wan M Faris, sebelum itu beliau memuatnaik jualan Honda Civic FL1 EX (AT) keluaran tahun 2021. 

Sedan import yang masih belum didaftarkan itu memiliki perbatuan 7,800km yang didatangkan dengan sistem bunyi Bose, Honda Sensing dan kemasan kulit pada kerusi.

ARTIKEL LAIN

#Tips: Beli kereta mengikut kemampuan – Gaji RM3,000 boleh beli kereta apa?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here