Kawasaki Z900 (2025) tawar prestasi lebih berkuasa dan ciri peralatan elektronik tambahan

157

Kawasaki memperkenalkan Z900 (2025) dengan naiktaraf enjin empat silinder di samping tawaran tork akhir rendah lebih baik, peralatan elektronik, quickshifter naik dan turun serta lain-lain lagi.

Naked bike itu masih lagi menampilkan dua varian iaitu Standard dan SE yang mana kedua-duanya dikuasakan enjin 948cc regulasi Euro5+.



Walaupun sesaran enjin masih sama, ia kini dilengkapi dengan injap terotel elektronik baharu, kemas kini profil aci sesondol dan tetapan ECU baharu.

Kuasa 124PS menawarkan peningkatan 16 peratus dalam penjimatan bahan api dan mengeluarkan pelepasan karbon lebih rendah dibandingkan dengan model sebelumnya. 

Tork akhir rendah juga dinaikkan dan Kawasaki quickshifter baharu dikatakan boleh digunakan dari hanya putaran enjin 1500rpm.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah kawalan kruise, mod tunggangan dan sistem navigasi yang dipaparkan pada skrin TFT 5-inci berwarna menerusi aplikasi Kawasaki Rideology.

Selain itu, Kawasaki Z900 dilengkapi dengan kaliper brek empat piston dan tayar Dunlop Sportmax Q5A serta tawaran dua ketinggian pelana iaitu 830mm (standard) dan 810mm (lebih rendah).

Kedua-dua lampu depan dan belakang menerima penggayaan semula dengan kemasan sisi aluminium.  

Selanjutnya, model SE mendapat soket USB-C sebagai standard, ditambah dengan penyerap hentak belakang Öhlins boleh laras dengan pra muatan dan angkup brek Brembo.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here