Modenas Eliminator rasmi lancar, harga RM30,100 seunit

49

Modenas melancarkan model pemasangan tempatan (CKD), Modenas Eliminator pada harga RM30,100 seunit ke pasaran tempatan.

Eliminator dijana oleh enjin 450cc penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 32.6kW @ 7,500rpm dan tork 42.6Nm @ 6,000rpm bersama transmisi 6-kelajuan.

Menggunakan casis diinspirasikan daripada trellis berprestasi tinggi Ninja 400, Eliminator didatangkan dengan reka bentuk panjang dan ketinggian pelana yang rendah 735mm.



Kemudian ia disokong dengan suspensi terbalik 41 mm di depan bagi pengendalian lebih ringan dan asli di samping penyerap hentak berkembar di belakang.

Kruiser itu dilengkapi dengan brek cakera 310 mm dua piston di depan dan 240mm di belakang.

Eliminator juga didatangkan dengan meter LCD berbentuk bulat digital penuh yang kini boleh disambungkan ke telefon pintar menerusi aplikasi Rideology.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here