Untuk tempoh satu tahun akan datang sehingga tahun 2026, Jaguar tidak mempunyai sebarang kenderaan baharu untuk dijual di pasaran UK.
Ini adalah kerana pengeluar jenama Britain tersebut telah pun menamatkan produksi bagi model F-Pace baru-baru ini.
Model kenderaan lain seperti XE, XF dan F-Type yang dihasilkan di Castle Bromwich, serta E-Pace dan I-Pace yang dihasilkan oleh Magna Steyr di Austria telah pun ditamatkan produksinya awal musim panas yang lalu.
Produksi model F-Pace, I-Pace dan E-Pace untuk pasaran global masih lagi diteruskan buat masa ini.
Kesemua kenderaan ini hanya boleh didapati menerusi stok yang masih tersedia di pusat pengedar.
Menurut Jaguar, pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan model kenderaan menerusi program pra-milik yang disediakan.
Menurut laporan, model baharu pertama Jaguar yang akan muncul pada tahun 2026 ialah sebuah EV yang bakal menjadi pesaing kepada Porsche Taycan, diikuti dengan SUV baharu pada tahun yang sama.
Pada masa hadapan, Jaguar tidak lagi diposisikan sebagai pesaing kepada Audi, BMW dan Mercedes-Benz, sebaliknya ia bakal memberikan cabaran terus kepada jenama yang lebih premium seperti Aston Martin dan Bentley.