Toyota Gazoo Racing ubah Hilux Champ jadi jaguh litar!

51

Diperkenalkan pada penghujung tahun lepas, Toyota Hilux Champ merupakan sebuah trak pikap yang serba asas dan mesra bajet yang direka untuk pasaran Asia Tenggara.

Selain digunakan untuk tujuan perniagaan dan kerja-kerja mengangkut barang, trak pikap Hilux Champ ini juga mampu menjadi sebuah jaguh litar yang sebenar menentang pesaing seperti Isuzu D-Max, Ford Ranger dan Mitsubishi Triton dalam kejuaraan Thailand Super Pickup.

Berbeza dengan model jalanan standard, trak lumba Hilux Champ ini menampilkan kit badan yang serba agresif termasuklah bukaan jeriji baharu, penambahan pada fender, sayap belakang dan diffuser besar.



Enjin asal 2.4 liter diesel turbo juga telah dinaiktaraf dengan unit pengecas turbo, intercooler yang lebih besar, sistem ekzos kustom, serta tetapan sistem kemasukan dan bahan api baharu.

Jika dilihat dengan teliti, trak pikap ini duduk lebih rendah berbanding model standard, diikuti dengan sudut chamber negatif untuk pengendalian yang lebih baik di dalam litar.

Masuk dalam kabin, segala perkakasan yang tidak diperlukan telah dibuang dan digantikan dengan tempat duduk Sparco, roda stereng Sparco, alat pemadam api, dan tidak ketinggalan sangkar keselamatan yang dipasang terus pada casis ladder-frame.

Hilux Champ bukan satu-satunya model lumba yang dihasilkan oleh Toyota Gazoo Racing Team Thailand.

Terdapat juga beberapa model yang turut serta dalam pelbagai disiplin sukan permotoran termasuklah Yaris, Yaris Cross, sedan Corolla, Hilux serta GR Supra.

Difahamkan, bermula tahun depan Toyota Gazoo Racing akan memulakan siri perlumbaan pengeluar tunggal menggunakan Hilux Champ.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here