250 penunggang motosikal sertai konvoi Petronas Sprinta GP Sepang

66

Sempena GP Malaysia semalam, Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM) mengadakan acara konvoi motosikal ‘PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024’ .

Disertai seramai 250 peserta, acara konvoi itu bermula dari stesen Petronas Cyberjaya yang bertujuan mempromosikan minyak pelincir Petronas Sprinta serta mengeratkan hubungan antara PLMM dengan komuniti motosikal lokal. 



Dania Garage yang merupakan bengkel rasmi Petronas Sprinta turut menjadi rakan strategik PLMM untuk acara MotoGP Sepang kali ini.

Dania Garage menyatakan berbesar hati untuk bekerjasama dengan PLMM bagi Konvoi Motosikal ke MotoGP Sepang tahun ini.

“Kerjasama ini adalah langkah strategik untuk mengukuhkan kedudukan Dania Garage dalam industri automotif, terutamanya dalam kalangan komuniti motosikal.

“Melalui kolaborasi ini, kami dapat menawarkan produk dan perkhidmatan yang pasti dipercayai tulen selaras dengan keperluan pelanggan kami.

“Ini adalah permulaan bagi kami untuk lebih banyak peluang perniagaan yang dapat mengukuhkan lagi jenama ‘Dania Garage’ yang juga bakal tampil sebagai bengkel PETRONAS MotoExpert di Malaysia,” katanya. 

Konvoi tersebut turut diserta Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Zameer Zahur Hussain beserta beberapa pengurusan tertinggi yang lain. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here