Dua warga emas maut, rempuh pembahagi Plaza Tol Sungai Besi

208

Dua lelaki warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuh Raya Utara-Selatan, di Serdang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 3.42 pagi.



Katanya, tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan Honda CR-V dan mengakibatkan dua mangsa tersepit di bahagian depan kenderaan tersebut.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telah berjaya dilakukan oleh anggota bomba,” katanya.

Kedua-dua mangsa berusia 64 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here