[Video] Tular Perodua Kelisa menyelit elak bayar tol

44

Sebuah video tular di media sosial menunjukkan Perodua Kelisa siap siaga menunggu di bahu jalan berhampiran Plaza Tol Simpang Pulai, Ipoh bagi mengelak membayar caj tol.

Video yang dikongsi akaun Facebook Azmi Razgriz Marzuki itu menunjukkan Kelisa versi Gino itu melaju lalu menyelit di sebelah kiri sebaik perakam video menyentuh kad pada bahagian Touch N Go.



“Biasa tengok orang kena. Ni aku sendiri pulak kena. Takda duit jangan masuk highway la brader. Modi kete dari Kelisa nak jadi Gino last-last duit takda,” tulis kapsyen video.

Bagaimanapun pemandu berkenaan sempat melepasi palang pada lorong tol tersebut dan nombor plat Perodua Kelisa tersebut dapat dirakam dengan jelas.

Pemilik video memberitahu melepaskan pemandu Kelisa berkenaan kerana membawa warga emas dan kanak-kanak di dalam kereta.

“Kalau drive sorang memang konpom kejar..Ni dah la penat drive dari Kuantan balik Ipoh,” tulisnya. 

Susulan kejadian itu, pemilik telah membuat laporan kepada pihak PLUS dan Touch N Go.

Untuk makluman, mereka yang didapati bersalah menceroboh dengan tidak membayar tol boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM5,000 jika didapati bersalah.

VIDEO KLIK SINI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here