Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan bidaan nombor pendaftaran Johor, JXN bermula 7 sehingga 11 November (Isnin).
Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talian JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 12 November (Selasa).
Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit yang dikeluarkan bank tempatan.
Sekiranya bidaan anda berjaya perlu mendaftarkan nombor plat tersebut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.