Miliki kenderaan elektrik MG ansuran percuma sehingga 20 bulan, jimat RM26,000

31

Dengan tahun yang semakin hampir ke penghujung, SAIC Motor Malaysia menawarkan promosi akhir tahun menarik untuk MG4 EV dan MG ZS EV.

Sempena ulang tahun ke-100 MG, pelanggan boleh menikmati ansuran percuma sehingga 20 bulan bernilai RM26,000 menjadikan pemilikan MG EV lebih mampu milik.



Pembeli MG ZS EV, MG4 EV Lux, dan MG4 EV Standard masing-masing boleh menikmati 20 bulan, 12 bulan dan 8 bulan ansuran percuma bernilai RM26,000, RM16,000, dan RM8,500. 

Tawaran istimewa itu memberikan ketenangan fikiran dan penjimatan besar kepada pemilik baharu.Promosi akhir tahun itu adalah tawaran terlalu hebat untuk dilepaskan bagi bakal pembeli. 

Orang ramai di Malaysia dijemput untuk memandu uji MG4, MG ZS EV, serta model-model lain di Bilik Pameran Pengedar Sah MG Motor yang terdekat. Bagi maklumat lanjut, layari mgmalaysia.com.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here