Nissan buang 9,000 pekerja, kurangkan pegangan dalam Mitsubishi

217

Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Makoto Uchida dalam satu kenyataan mengumumkan beberapa langkah drastik dalam usaha menyelamatkan syarikat tersebut.

Antara langkah yang diambil termasuklah membuang sehingga 9,000 pekerja, mengurangkan jumlah produksi kenderaan sehingga 20 peratus serta menjual sebahagian pegangannya dalam syarikat Mitsubishi bagi mengurangkan kos.

Uchida dan beberapa pegawai eksekutif syarikat tersebut turut akan mengambil tindakan potongan gaji sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semula.



Difahamkan, kira-kira 6.7 peratus daripada jumlah pekerja global Nissan akan terjejas dalam langkah terbaharu ini.

Perancangan untuk melancarkan sehingga 30 buah kenderaan baharu/facelift masih lagi diteruskan, berkemungkinan lebih lewat berbanding apa yang dijangkakan.

Sepanjang suku ketiga 2024, Nissan melaporkan kerugian bersih sebanyak JPY 9.3 bilion (RM286 juta), menyebabkan syarikat itu mengurangkan unjuran pendapatan penuh tahunan kepada JPY 12.7 trilion (RM366 bilion).

Nissan juga mengunjurkan penjualan sebanyak 3.4 juta unit kenderaan, kurang daripada anggaran terdahulu sebanyak 3.7 juta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here