Penunggang beri alasan tiada masa ambil lesen dan perbaharui cukai jalan

102

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kesalahan tiada cukai jalan dan lesen memandu paling tinggi sejak pelaksanaan Op Khas Motosikal pada 1 November lalu.

Statistik selama tujuh hari pelaksanaan operasi itu merekodkan 15,828 notis hasil pemeriksaan 59,116 motosikal di seluruh negara.

Gambar hiasan

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata sepanjang operasi dilaksanakan, pelbagai alasan diberikan penunggang motosikal antaranya tidak sempat perbaharui dan tiada masa untuk ambil lesen.



Katanya, semua pengguna jalan raya dan penunggang motosikal khususnya diingatkan untuk perbaharui lesen dan cukai jalan kerana ia merupakan keperluan penting.

“Sekiranya berlaku apa-apa di jalan raya akan mengakibatkan kesusahan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Perbaharui lesen dan cukai jalan. Kita akan sita motosikal yang ditahan sekiranya didapati tidak mempunyai cukai jalan, insurans serta ubahsuai ekstrem dan ini yang akan dilaksanakan JPJ dalam operasi khas,” katanya.

Pihak JPJ turut menyita 282 motosikal mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta mengeluarkan 752 notis arah periksa dan beberapa notis lain.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here