Tular bengkel ‘ketuk’ harga, KPDN Perak terjah dapati pemilik tidak pamer senarai harga

34

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perak melakukan pemeriksaan terhadap sebuah bengkel di Meru, Ipoh selepas tularnya satu video TikTok menyatakan pemilik dipercayai ‘memeras’ kocek pengguna.

Pemeriksaan berkenaan dikongsi akaun TikTok KPDN Perak yang mendapati pihak bengkel tidak memaparkan tanda harga barangan dan servis di dalam bengkel.

Pihak bengkel juga menggunakan tulisan tangan bagi sebut harga senarai servis pelanggan dan bukannya cetakkan di atas resit yang sah.



@kpdn_perak

Replying to @add Bengkel viral Harga KETUK di Meru Ipoh DITERJAH KPDN Perak. #bengkel #kpdnperak #kitagempur #unitmedia_kpdnperak

♬ original sound – KPDN PERAK – KPDN PERAK

“Quatation you ini macam saja, sekarang ni you kata RM280, tanda harga mana?.

“Sepatutnya you kena tunjuk pada rekod you punya board, harga minyak berapa?..oil filter berapa?..Sekarang ini saya tengok dalam you punya kedai takda satupun menunjukkan tanda harga.

“Bengkel ini ada undang-undang, ada peraturan you kena follow,” kata kakitangan KPDN. 

Pihak KPDN Perak menyatakan sebelum melakukan penggantian komponen mahupun servis, pengguna perlu mendapatkan sebut harga bagi mengelak ditipu. 

Susulan itu, pemilik bengkel berkenaan diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna. 

Minggu lalu, tular di media sosial apabila pemilik akaun TikTok Oppa Zuzu mendedahkan pekerjanya ‘diketuk’ sebuah bengkel di Meru selepas melakukan servis Proton Saga BLM. 

“Pergi dia nak tukar minyak hitam, orang tu buka tayar buka tu buka ni tiba-tiba, padahal dia nak tukar minyak hitamje, dia suruh tukar itu ini. Habis dia ketuk sampai RM800.

“Terus staff call aku, bang kenapa sampai kena 800 ni, saya ingat apa benda kamu tukar ni. Saya suruh pass kat bos tiba-tiba suara macam kenal. Kedai ni memang saya dah boikot habis, kedai ni memang saya tahu perangai dia,” katanya dalam video.

BENGKEL PERLU PAMER SENARAI HARGA ALAT GANTI

Berdasarkan laman web rasmi KPDN, pemilik bengkel perlu mempamerkan senarai harga alat ganti kenderaan dan perkhidmatan pembaikan serta pernyataan bertulis sebelum dan selepas perkhidmatan pembaikan.
 
Kegagalan pihak bengkel untuk memberi pendedahan maklumat berhubung senarai harga alat ganti kenderaan dan perkhidmatan pembaikan serta pernyataan bertulis sebelum dan selepas perkhidmatan pembaikan merupakan satu kesalahan.
 

Orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat pembaikan dan penyelengaraan kenderaan disaran agar mendapatkan maklumat kos keseluruhan kerja-kerja tersebut sebelum membuat persetujuan.

Ini bagi mengelakkan pengusaha bengkel mengambil kesempatan dengan melakukan kerja-kerja pembaikan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan.

Kebanyakan pengusaha bengkel dan orang ramai tidak menyedari bahawa undang-undang sedia ada mensyaratkan sebarang kerja pembaikan kenderaan hanya boleh dilakukan setelah pelanggan bersetuju dengan anggaran kos pembaikan.

Semua pengusaha bengkel kenderaan perlu mematuhi Akta Perlindungan Pengguna 1999 di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel 2002.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here