Modenas supermoped bakal lancar suku keempat tahun depan

3197

Khabar tentang supermoped Modenas ‘rancak’ diperkatakan sejak tahun 2022 dan penantian peminat dua roda tempatan bakal tiba ke penghujungnya.

Motoqar dimaklumkan supermoped tersebut antara model baharu yang bakal lancar tahun depan.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roslan, supermoped itu sudah siap dan sedang menjalani ujian enduran sebelum pelancaran.

“Terlalu awal untuk saya beritahu bila lancar, sebabnya dalam ujian kalau kita temui sesuatu tentunya perlu diperbaiki dan tambah baik. 

“Motor masih lagi tengah diuji tetapi saya boleh katakan pelancaran separuh tahun kedua (tahun depan) ,” katanya kepada Motoqar ketika disoal bilakah peminat tempatan dapat melihat supermopedd tersebut.

TIDAK MUSTAHIL PELANCARAN DIAWALKAN

Sementara itu, hasil risikan dengan pihak industri, supermoped pertama Modenas itu berada dalam senarai pelancaran produk baharu pada suku keempat 2025 di samping beberapa model lain.

“Kalau ikutkan suku keempat tahun depan lancar, tetapi tidak mustahil pelancaran sebelum suku keempat sekiranya produk siap lebih awal,” katanya. 

Sebelum ini, ramai yang menjangkakan projek itu terkubur susulan khabar tentang supermoped berkenaan semakin sepi. 

Modenas masih meneruskan projek supermoped cuma projek terdahulu yang menggunakan enjin kejuruteraan Austria dihentikan susulan tidak penuhi regulasi Euro4.

Pihak pengeluar mengambil masa dua tahun untuk pembangunan dan penyelidikan (R&D) supermoped berkenaan dengan bantuan daripada pihak Kawasaki.

Cuma buat masa ini masih belum diketahui sama ada DNA Kawasaki bakal dilihat pada bahagian mekanikal mahupun rekaan motosikal.

Sebelum ini, Roslan Roskan menyatakan enjin yang akan digunakan adalah 150cc yang mana boleh ditingkatkan sehingga 180cc tanpa mendedahkan sesaran janakuasa. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here