Honda lancar Super Cub 50 Final Edition di Jepun

108

Honda Motor Co. merancang untuk menamatkan pengeluaran motosikal ikonik Super Cub 50 pada Mei 2025 sebelum regulasi emisi yang lebih ketat dilaksanakan pada tahun depan.

Sebagai satu tanda perpisahan, Honda melancarkan Super Cub 50 Final Edition yang akan mula dijual pada 12 Disember ini, dengan harga jualan 297,000 yen (RM8,514).

Super Cub 50 Final Edition ini membawakan gandingan warna Bonnie Blue dan Putih, mengingatkan kita kepada warna asal Super Cub.



Ciri lain termasuklah pelana rekaan dua tona, emblem khas Honda 50 Final Edition, lencana retro, kunci istimewa, rak belakang serta meter kluster rekaan retro.

Hanya 2,000 unit sahaja Super Cub 50 Final Edition yang akan dijual di Jepun.

Super Cub 50 Final Edition ini mengekalkan enjin silinder tunggal 49 cc berkuasa 3.6 hp dan 3.8 Nm.

Produksi bagi model Super Cub 110 (dengan enjin 110 cc) masih lagi akan diteruskan di Jepun.

Honda juga merancang akan menamatkan produksi model motosikal 50 cc yang lain pada Oktober 2025, dan menggantikannya dengan produksi skuter elektrik yang kian mendapat sambutan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here