Lotus mahu buang 200 pekerja di UK

100

Beberapa bulan selepas Lotus mengumumkan model konsep Theory 1, pengeluar itu berhasrat untuk melakukan penstrukturan semula disebabkan oleh perubahan permintaan dan keadaan pasaran.

Langkah terbaharu tersebut akan memberikan kesan kepada 200 orang pekerja di UK.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Auto Express, “perubahan terkini yang dicadangkan di Lotus Cars adalah untuk memastikan syarikat mempunyai struktur organisasi yang terbaik untuk operasi yang lebih mampan.



Namun begitu, Lotus akan berusaha untuk menempatkan semula beberapa kakitangan dan berhasrat untuk mengekalkan sebahagian dan kemahiran khusus dalam perniagaan.

Setakat akhir 2023, Lotus UK mempunyai kekuatan tenaga pekerja sekitar 1,699 orang.

Pengeluar kereta sports Britain itu walau bagaimanapun menjelaskan pihaknya masih lagi memberikan fokus untuk memenuhi tempahan pelanggan sedia ada.

Lotus Theory 1 yang diperlihatkan sebelum ini dijangka bakal menggantikan posisi Emira, dengan konfigurasi tiga tempat duduk dan motor elektrik berkembar yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 986 hp.

Pecutan 0-100 km/j mengambil masa kurang dua saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 320 km/j.

Model terbaharu ini dijangka akan mula diproduksikan pada tahun 2027.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here