Malaysia bakal guna petrol Euro 5 bermula September 2025

1055

Malaysia akan mula melaksanakan penggunaan petrol Euro 5 pada September 2025 dan dijangka mencapai spesifikasi penuh pada 2027 sebagai langkah penyelesaian jangka panjang dalam menjaga kualiti udara negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelaksanaan ini juga adalah selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Bahan Api Petrol dan Diesel) 2007.

“Justeru, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan bekerjasama rapat dengan industri untuk memastikan peralihan ini berjalan lancar,” katanya. 



Penggunaan Euro 5 juga akan mendorong industri automotif Malaysia untuk meningkatkan teknologi kenderaan termasuk bagi kenderaan komersial dan industri berat.

Jelasnya, kenderaan dengan teknologi pelepasan Euro 5 akan beroperasi dengan lebih efisien dan menghasilkan pelepasan asap yang lebih bersih, sekali gus dapat memberikan kesan positif terhadap kualiti udara di negara ini.

“Sebelum ini, negara telah mengambil langkah proaktif menangani isu pencemaran udara dengan memperkenalkan bahan api diesel Euro 5 sejak April 2021 dan seterusnya telah mencapai spesifikasi penuh pada April 2023.

“Diesel Euro 5 ini memenuhi piawaian ketat, termasuk pengurangan kandungan sulfur dan bahan pencemar lain,” tambahnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here