YouTuber dikecam muat naik video pandu lebih had laju

49

YouTuber teknologi terkenal, Marques Brownlee (atau lebih dikenali MKBHD) dikecam kerana memuat naik satu rakaman video yang memaparkan aksi pemanduan yang berbahaya.

Babak pemanduan yang kemudian telah dipadamkan itu memaparkan Brownlee memandu sebuah Lamborghini Revuelto.

Pasukan editor Brownlee didapati mengkaburkan bacaan kelajuan pada meter kluster, akan tetapi terlupa bahawa Revuelto mempunyai satu lagi paparan kelajuan pada sebelah penumpang.



 

Berdasarkan bukti yang kini tersebar luas, Brownlee didakwa memandu pada kelajuan mencecah 161 km/j ketika melintasi zon kediaman yang mengenakan had laju 56 km/j.

Brownlee juga didapati memandu laju ketika melepasi papan tanda lintasan kanak-kanak!

Individu yang sebelum ini terkenal dengan ulasan yang membangrakpkan Fisker itu segera memadamkan klip lima saat tersebut, sebelum membuat permohonan maaf secara terbuka di laman media sosialnya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here