GWM Malaysia terima tempahan 1,500 Haval H6 HEV (CKD)

135

Dalam tempoh kurang sebulan sejak pelancarannya, Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah menghantar 200 unit model pemasangan tempatan (CKD) pertama, Haval H6 HEV ke seluruh negara.

SUV hibrid tersebut turut merekodkan tempahan melebihi 1,500 unit dalam tempoh sebulan.



Rekod jualan tersebut membuktikan permintaan yang kukuh untuk pasaran Malaysia dan mencerminkan komitmen GWM dalam memperluaskan pasaran dan menawarkan rangkaian kenderaan yang berkualiti tinggi serta mampu milik.

Dengan variasi produk yang memenuhi citarasa pengguna seluruh dunia, GWM mencatat jualan global sebanyak 122,700 unit, menandakan peningkatan tahunan sebanyak 39.85 peratus.

Bahkan, di pasaran antarabangsa, jualan kumulatif GWM Haval melebihi 9 juta manakala
GWM Tank mencatat lebih daripada 500,000 jualan kumulatif pada suku ketiga 2024.

“Saya amat teruja dengan kehadiran GWM HAVAL H6 HEV setelah mengetahui pencapaian
hebatnya di China dan tawaran waranti istimewa selain satu tangki penuh boleh mencapai 1,000km perjalanan,” kongsi salah seorang pemilik H6 di acara GWM Family Day, baru-baru ini. 

GWM Malaysia menawarkan pelbagai tawaran dan waranti istimewa kepada pemilik GWM Haval H6 HEV iaitu:

  • Penyelenggaraan percuma selama 5 tahun kepada pelanggan yang mendaftarkan GWM H6 pada tahun 2024 (termasuk alat ganti dan kos buruh).
  • Tawaran Kesetiaan Pelanggan GWM iaitu rebat tambahan RM3,000 kepada pemilik kenderaan GWM sedia ada.
  • Waranti enjin selama 10 tahun / 1,000,000km; waranti Sistem HEV selama 8 tahun / 1,000,000km; waranti penuh kenderaan selama 7 tahun / 200,000km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here