BYD Sealion 7 rasmi lancar, harga mula RM183,800

71

Sime Darby Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia memperkenalkan BYD Sealion 7 menerusi dua pilihan varian :

  • Sealion 7 Premium (RWD) : RM183,800
  • Sealion 7 Performance (AWD) : RM199,800

Varian Premium

  • Dilengkapi dengan motor tunggal di belakang, Premium menawarkan output 230kW dan tork 380Nm
  • Pecutan 0-100kmj : 6.7 saat
  • Kapasiti bateri 82.5kWh
  • Jarak perjalanan 567km (NEDC)
  • Berat kenderaan 2,635 kg

Varian Performance 



  • Dilengkapi dengan dua motor, Performance menawarkan output 390kW dan tork 690Nm
  • Pecutan 0-100kmj : 4.5 saat
  • Kapasiti bateri 82.5kWh
  • Jarak perjalanan 542km (NEDC)
  • Berat kenderaan 2,750 kg

Bateri Blade menawarkan jarak lebih jauh dan kitaran hayat lanjutan, mengurangkan masa pengecasan dengan sokongan pengecasan AC 11kW (Jenis 2) dan pengecasan pantas DC 150kW (CCS 2).

SUV itu turut didatangkan dengan teknologi Vehicle to Load (V2L) yang memudahkan pengecasan peranti terutama aktiviti luar misalnya berkhemah. 

Ruangan kabin Sealion 7 dilengkapi dengan kemasan kulit pada tempat duduk, skrin sentuh berputar 15.6-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio 12 pembesar suara Dynaudio, bumbung panorama, penyaman udara automatik dwizon serta lain-lain. 

Ciri keselamatan pula, ia didatangkan dengan sembilan beg udara, kamera 360 darjah bersama sensor depan/belakang, Isofix serta ADAS.  

Bagi meraikan pelancaran tersebut, satu promosi khas disediakan untuk pelanggan yang membuat tempahan BYD Sealion 7 sebelum 17 November 2024 dan mendaftarkan kenderaan sebelum 31 Disember depan. 

Tawaran eksklusif itu merangkumi pengecas rumah percuma dan kredit pengecasan RM800. 

Selain itu, BYD dan Sime Darby Motors memperkenalkan program khas yang mana pemilik BYD sedia ada boleh menukar kereta mereka kepada Sealion 7 secara trade-up. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here