Ford sudah mula kurangkan produksi EV baharu

170

Ford antara pengeluar yang rancak memperkenalkan beberapa buah model kenderaan elektrik dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Kerancakan tersebut nampaknya tidak memberikan impak positif, memandangkan permintaan terhadap EV yang semakin menurun di peringkat global.

Keadaan ini memaksa Ford untuk mengurangkan output pengeluaran EV di kilang Cologne, Jerman.



Menurut akhbar Jerman Kölner Stadt-Anzeiger, wakil jurucakap Ford mendedahkan syarikat itu kini mengurangkan angka produksi bagi model Explorer dan Capri.

Para pekerja tidak mempunyai pilihan, tetapi terpaksa bergilir untuk bekerja seminggu dan mengambil cuti seminggu sehingga cuti Krismas akan datang.

Ia merupakan satu tamparan hebat buat Ford, memandangkan pengeluar itu telah melabur $2 bilion untuk fasiliti Cologne menjadi kilang produksi EV penuh.

Jarang sekali sesebuah pengeluar memperlahankan produksi model kenderaan yang baru diproduksikan untuk tempoh beberapa bulan.

Sementara itu, laman Automotive News Europe melaporkan langkah pengurangan kos tambahan bagi kilang Cologne telah pun dirancang seawal 2025, menambahkan lagi kesukaran Ford untuk mencapai kapasiti pengeluaran tahunan berjumlah 250,000 unit.

Selain Ford Explorer dan Capri, trak pikap Ford F-150 Lightning juga turut berdepan laluan yang sukar.

Produksi trak pikap elektrik di kilang Dearborn, Michigan akan dihentikan buat sementara waktu bermula 15 November hingga 6 Januari 2025 disebabkan oleh permintaan yang rendah.

Perkara tersebut telah pun berlaku sebelum ini pada bulan Februari selama sembilan minggu disebabkan masalah kualiti yang tidak dapat diselesaikan sehingga bulan April.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here