Generasi ketujuh Lexus ES sudah berada di pasaran sejak tahun 2018 lagi, dan tiada tanda-tanda sedan mewah ini akan digantikan dengan model generasi baharu.
Di China, Lexus ES masih lagi merupakan sebuah ‘senjata’ yang cukup ampuh, memandangkan angka jualan sudah pun melebihi paras satu juta unit pada ketika ini.
Untuk memenuhi keperluan pelanggan di sana, Lexus mengemaskini model ES 2025 dengan membawakan perubahan bersifat kosmetik.
Seperti contoh, struktur jeriji hadapan kini mempunyai corak baharu yang diinspirasikan daripada model RX, lampu hadapan LED dengan motif huruf L berkembar, serta pendekatan yang sama untuk lampu belakang.
Masuk dalam ruang kabin, Lexus ES mendapat skrin sentuh sebesar 14.0 inci yang mengintegrasikan butang kawalan pendingin hawa, serta tombol gear yang telah diubah bersesuaian dengan penggunaan pelanggan muda China.
Di pasaran China, terdapat dua pilihan trenkuasa, iaitu ES 200 dengan enjin 2.0 liter berkuasa 127 kW/206 Nm, atau ES 300h dengan enjin 2.0 liter hibrid berkuasa 160 kW yang dipadnakan dengan transmisi e-CVT.