Kanak-kanak tiga tahun maut kemalangan libatkan treler

40

Seorang kanak-kanak maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah treler dan Proton Iswara di KM148.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada petang Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Jahairi Syukor berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 1.59 petang.



Menurut beliau, Proton Iswara berkenaan membawa empat orang dewasa dan empat kanak-kanak manakala treler dipandu oleh seorang lelaki dewasa.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari kereta Proton Iswara disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa lain mengalami pelbagai tahap kecederaan dan  dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut,” katanya. 

Pemandu lori treler bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan semua mangsa berjaya dikeluarkan tanpa tersepit.

Jelasnya, operasi di lokasi tamat pada jam 3.44 petang setelah keadaan disahkan selamat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here