Yamaha Eropah memperkenalkan warna baharu dan kemas kini ciri peralatan bagi R125 (2025).
Tersedia dengan pilihan warna Icon Blue atau Tech Black, Yamaha R125 dijual pada harga GBP5,400 (RM30,501).
Enjin 4-lejang silinder tunggal yang digunakan sejak 2008 tersebut menerima naik taraf major tahun lalu.
Kini, janakuasa sportbike generasi keempat itu tidak perlu dinaiktaraf kerana sudah mematuhi regulasi Euro5+. Ia memiliki penggayaan mirip R9 triple, R7 middleweight, dan R3 twin serta didatangkan dengan sayap lebih kecil.
Menggunakan casis Deltabox, ia kemudian disokong dengan suspensi terbalik 41mm KYB.
Skrin TFT 5-inci warna penuh ditingkatkan dengan ciri navigasi ‘turn-by-turn’ menerusi aplikasi Yamaha MyRide bersama maklumat cuaca dan destinasi akhir.
Mesej juga boleh dipaparkan bersama dengan pemanggil dan maklumat teks – butiran muzik dan artis turut dipaparkan semasa mendengar muzik melalui set kepala Bluetooth.
Perincian lain yang disertakan termasuklah indikator sudut ‘baring’ yang menggunakan data daripada mudah alih untuk menentukan pencapaian penunggang.