Polis minta saksi kemalangan Putrajaya tampil bantu siasatan

37

Polis meminta saksi kemalangan yang mengorbankan masing-masing dua lelaki dan dua wanita dalam kejadian di Jalan Persiaran Utara berhadapan pusat komersil di Putrajaya, tengah malam tadi tampil membantu siasatan.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerusi hantaran di akaun Facebook Trafik IPD Sepang memaklumkan kerjasama daripada pengguna jalan raya yang menyaksikan atau merakamkan kejadian kemalangan diperlukan bagi membantu siasatan pihak polis.



“Sila hubungi Insp. Muhamad Haziq bin Ab Karim Pegawai Penyiasat Trafik IPD Sepang di talian 017 – 9076260,” tulisnya. 
 

Dalam kemalangan tersebut, empat termasuk dua wanita maut selepas Perodua Viva yang dinaiki terbabas melanggar penghadang jalan berhampiran IOI Conezion Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dimaklumkan kemalangan itu yang berlaku kira-kira jam 1 pagi.

“Apabila sampai di lokasi, kereta dipandu mangsa lelaki berusia 24 tahun hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang jalan.

“Kemalangan mengakibatkan pemandu dan tiga penumpang berusia 24 hingga 41 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here