Feri Pulau Pinang rugi RM14 juta setahun

18

Perkhidmatan feri Pulau Pinang dianggarkan mengalami kerugian sekitar RM14 juta setahun.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari, antara faktor yang menyumbang kepada kerugian yang ditanggung Penang Port Sdn Bhd (PPSB) ialah disebabkan kos minyak diesel yang tinggi yang dibayar mengikut harga pasaran kerana ketiadaan subsidi minyak diesel bagi perkhidmatan feri.

“Untuk gambaran kasar, kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35 peratus daripada kos perbelanjaan operasi feri.



“Kos pemeriksaan tahunan dan penyelenggaraan wajib untuk menjamin keselamatan feri yang beroperasi serta bayaran kos insurans perkhidmatan yang melebihi RM2 juta untuk setiap feri setiap tahun,” katanya.

Zairil (PH-Tanjung Bunga) berkata, walaupun mengalami kerugian namun PPSB tetap melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan untuk memastikan perkhidmatan feri yang terbaik kepada pengguna.

Beliau berkata, dari Januari hingga Oktober tahun ini, seramai 1.76 juta penumpang pejalan kaki dan 615,879 kenderaan dua roda telah menggunakan perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here