Pesawat DHL terhempas ketika mendarat, seorang maut

17
Pesawat kargo DHL terhempas ketika melakukan pendaratan di lapangan terbang Vilnius, Lithuania, awal pagi Isnin.
 
Penerbangan berjadual itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan Swiftair bagi pihak DHL dan berlepas dari Leipzig, Jerman.
 

Jurucakap polis Lithuania berkata seorang penumpang, warga Sepanyol, terbunuh dan tiga lagi warga Sepanyol, Jerman dan Lithuania mengalami kecederaan.

Polis memberitahu seramai 12 penduduk berhampiran dipindahkan selepas serpihan pesawat menghempap kediaman mereka namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Pesawat itu membawa bungkusan biasa. Kami tidak mempunyai sebarang maklumat adanya barangan yang mencurigakan,” kata jurucakap syarikat. 



Punca nahas masih belum diketahui dan pegawai berkata setakat ini tidak menunjukkan tanda sabotaj.

TIADA SEBARANG KEJADIAN LUAR BIASA 

Ketua perisikan balas Lithuania, Darius Jauniskis tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan pengganas namun masih awal untuk menuding jari kerana tiada maklumat.

Boeing 737-400 tersebut terhempas ketika mendekati lapangan terbang Vilnius pada jam 3.30 pagi, kata jurucakap pusat pengurusan krisis kebangsaan Lithuania.
 
Berdasarkan Flightradar24, pesawat itu berlepas dari Leipzig pada jam 2.08 pagi dan rakaman kamera keselamatan menunjukkan sebuah pesawat terbang rendah di belakang gudang kemudian langit menjadi terang dengan warna merah dan jingga diikuti asap tebal.
 
Pihak penyelamat menyatakan pesawat terhempas ke tanah lalu terbelah dan tergelincir lebih 100 meter. Beberapa serpihan menghempap rumah berhampiran.
 

“Dalam rakaman perbualan antara juruterbang dan menara sehingga detik terakhir tiada tanda sebarang kejadian luar biasa.

“Kita perlu meneliti kotak hitam untuk mengetahui apa yang berlaku dalam pesawat itu,” kata Marius Baranauskas, Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Kebangsaan Lithuania.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here