Inilah dia sebahagian (kecil) koleksi kereta ‘rare’ Sultan Brunei!

20

Sejak berdekad lamanya, kita sering kali mendengar tentang kisah Sultan Brunei dan koleksi kereta-kereta eksotiknya, namun kenyataan tersebut sayang sekali tidak disertakan dengan bukti bergambar.

Kini, anda bernasib baik kerana ada pihak yang berusaha untuk memuat naik sebahagian kecil koleksi kenderaan mewah yang dimiliki oleh Sultan Brunei di laman media sosial.

 



 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @brunei_cars_2001

Antara model kenderaan rare yang wujud dalam inventori tersebut termasuklah 10 unit McLaren F1 (dan McLaren F1 GTR!), Bugatti EB110 SS, Bentley Dominator SUV, Ferrari F40, pelbagai jenis model Porsche 911 dan tidak ketinggalan Ferrari F90.

Untuk makluman, Ferrari F90 dibina khusus untuk Sultan Brunei menerusi kerjasama dengan Pininfarina di mana kesemua unit tersebut berkongsi platform dengan model Testarossa.

Difahamkan, kesemua gambar ini telah dirakam sekitar tahun 2001, jadi keadaan terkini kereta-kereta yang dipaparkan itu masih lagi kekal misteri sehingga sekarang. Mungkin sudah bertukar milik, atau mungkin sekali sudah lenyap dari muka bumi.

Anda boleh menghabiskan masa terluang untuk menatap koleksi kenderaan rare Sultan Brunei menerusi akaun Instagram brunei_car_2001

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here