Gara-gara membuat teguran bunyi ekzos kereta yang bising, seorang pesara tentera diserang oleh seorang lelaki menggunakan cota hingga mengalami kecederaan di tangan kirinya.
Menurut mangsa yang mahu dikenali sebagai Hamid, 54, kejadian berlaku pada 11.40 malam kelmarin apabila ekzos kereta jirannya terlalu kuat dan bising.
Katanya, situasi itu menimbulkan rasa kurang senang dan mengganggu ketenteraman awam menyebabkan dia tiada pilihan lain untuk menegur jirannya agar tidak berterusan berbuat demikian.
“Lelaki itu melenting apabila ditegur dan bertindak agresif dengan menolak saya. Dia juga mengamuk dan mencapai cotanya serta mengugut jangan masuk campur urusannya.
“Perselisihan faham itu berlarutan menyebabkan lelaki itu menghayun cota ke arah kepala saya namun saya sempat mengelak, bagaimanapun pukulan itu terkena tangan kiri hingga berlaku kecederaan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan telah menerima laporan seorang lelaki bahawa telah diserang oleh seorang individu yang tidak berpuas hati dengan mangsa setelah membuat teguran bunyi ekzos kereta yang bising.
Menurut sumber…lelaki ni marah sb ditegur buat bunyi bising motosikal & memukul pak cik yg menegur menggunakan cota..kes berlaku d Taman Rinting Masai Johor..harap pelaku ni ditangkap @PDRMsia
Kdit kpd owner video : Suhadah.99 pic.twitter.com/CbbW6iKtnQ
— 요시로 왕자 (@Cool_Wannabe82) November 25, 2024