Ferrari 12Cilindri ditawarkan dua varian di Malaysia, harga bermula RM4.7 juta

2

Selepas diperkenalkan pada Mei lalu pada peringkat global, kini tiba masanya pula model baharu daripada Ferrari memasuki pasaran Malaysia menerusi model 12Cilindri.

Ital Auto Malaysia, selaku pengimport dan pengedar Ferrari di Malaysia membawa masuk dua varian jentera segmen Grand Tourer itu membabitkan versi Coupe dan Spider yang masing-masing dijual bermula RM4.7 juta serta RM5.1 juta.

Kedua-dua varian itu berkongsi enjin V12 6.5 liter aspirasi semula jadi (NA) dengan menyalurkan 830hp dan tork setinggi 678 Nm.



Bagi mencapai kuasa itu, ia perlu menggunakan bahan api RON98 dengan kapasiti tangki mencecah 92 liter.

Kuasa itu disalurkan ke kotak gear automatik klac berkembar lapan-kelajuan F1, dengan penukaran gear 30 peratus lebih cepat berbanding model 812.

Baca juga artikel berkaitan

>> Ferrari Roma Spider versi bumbung soft-top, harga mula RM3.2 juta

Malah, ia dilengkapi dengan sistem ‘Aspirated Torque Shaping’ untuk mengubah lengkungan tork pada nisbah gear ketiga dan keempat.

Dari segi prestasinya pula, Ferrari 12Cilindri versi coupe mampu memecut 0-100 km/j hanya 2.9 saat dengan kelajuan maksimum melebihi 340 km/j.

Versi spider pula memerlukan 2.95 saat untuk memecut 0-100km/j dengan kelajuan maksimum masih lagi sama dengan model coupe.

Baca juga artikel berkaitan

>> Miliki Ferrari Purosangue dengan harga bermula RM5 juta

Perbezaan kelajuan itu berpunca akibat versi spider mempunyai berat kering 1,620 kg, manakala 1,560 kg untuk Coupe.

Selain itu, perbezaan lain adalah kapasiti but belakang dengan versi spider berkeluasan 200 liter manakala 270 liter untuk coupe.

Bagi reka bentuknya, ia mengambil inspirasi daripada model open-topped Ferrari sekitar tahun 1950 dan 1960-an.

Baca juga artikel berkaitan

>> Ferrari 250 GTO bakal pecah rekod lelongan kereta termahal RM232 juta

Bagi memberi penampilan yang lebih sporty, ia dipadankan dengan rim 21 inci dengan dibaluti tayar Michelin Pilot Sport 5 S. 

Ruang kabinnya pula, ia dilengkapi dengan skrin digital sepenuhnya yang bersaiz 15.6 inci untuk pemandu dan skrin hadapan penumpang sebesar 8.8 inci.

Skrin bahagian tengah bersaiz 10.25 inci, selain dilengkapi 15 pembesar suara jenama Burmester.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here