Persaingan sengit, Toyota pertimbang tutup pusat jualan di China

15

Toyota Motor Corp mempertimbangkan langkah untuk menutup pusat jualan syarikat kerjasamanya di Beijing dan menggabungkan operasi dengan pusat jualan di Tianjin.

Menurut sumber yang rapat dengan isu tersebut, ia merupakan sebahagian daripada usaha penstrukturan semula ditengah-tengah persaingan yang sengit dengan jenama tempatan, seperti BYD.

Penstrukturan semula Tianjin FAW Toyota Motor Co itu walau bagaimanapun tidak akan melibatkan pengurangan produksi kenderaan, di mana syarikat itu akan terus melancarkan produk baharu di pasaran penting tersebut.



Sejak beberapa bulan yang lepas, Toyota menyaksikan keuntungannya jatuh lebih 30 peratus, di mana jualan kenderaan Toyota dan Lexus menurun 13.7 peratus.

Dengan strategi baharu itu, Toyota akan berusaha untuk menghasilkan kenderaan yang lebih disesuaikan dengan kehendak pengguna China untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Setakat akhir Ogos, Tianjin FAW Toyota Motor mempunyai kira-kira 700 buah pengedar, dan bertanggungjawab memasarkan beberapa model penting termasuklah sedan Corolla, SUV RAV4, serta EV bZ4X.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here